Thursday, March 21, 2013

Buy from Ebay

Pernah ada pengalaman membeli through ebay tak?
saya ada beberapa barang yang pernah di beli di ebay..antaranya Coach wallet, Coach handbags, Leapfrog expolorer console and games, and avent twin electric breastpump.

kenapa saya suka shopping kat ebay? sebab saya dapat beli item jauh dari harga pasaran di Malaysia. Infact lagi murah lagi yang di jual oleh bloggers di Malaysia. Mari kita tengok barang-barang yang pernah saya beli melalui ebay.

Coach Poppy Placed Flower Glam Canvas Tote Handbag Bag 19029. Yang ni di beli pada harga bidding RM430 termasuk shipping cost dari USA.. murah kan?sbb saya bidding..harga di sini blooger jual dalam RM800...


Coach Madison Patent Leather Maggie 18760 color copper ni saya bid untuk adik saya...saya dapat pada harga RM600++. Still murah sbb bloggers kat Malaysia jual RM900-1100..tapi usah di tanya harga di butik sebab di butik harganya RM2050 hihih.

Coach Madison Leather Maggie 16503 color Navy Blue ni pulak saya hadiahkan untuk emak tercinta sempena birthday dia..pon dapat harga bidding RM620 kalo x silap..

yang ini pulak Coach Zippy Wallet style 48688 color fuschia pink..muat letak iphone, credit card, ic, atm card, card jusco dan kad2 lain jugak, duit kertas dan duit siling siket. ada zip kat depan dia, and slot pocket kat belakang wallet ni..di bahagian dalam pulak six slot for cards, dan 4 slots utk letak iphone ke, duit dan mcm2 lagi.plus sangat senang ada zippy wallet ni sebab dia ada tali yang bole kita sangkut kat wrist kita..yang ni saya bidding dpt harga RM342..masa ni paling murah jumpa kat blog is RM450..satu lagi pembelian yang bijak!

Nanti saya cerita pula macam mana nak shopping di Ebay ya...stay tune guys..

Wassalam

Kisah Sebenar Rumah Amal Buah Hatiku

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya ingin berkongsi satu artikel yang dipetik dari blog seorang yang begitu murni niat hatinya untuk membantu anak-ayak yatim..adakah anda semua masih ingat Rumah Amal Buah Hatiku yang terletak di Bandar Baru Bangi? Yang telah mendapat liputan meluas di dada akhbar setelah tersiar artikel di dalam Harian Metro yang menyatakan anak-aak yatim seramai 26 orang hanya berkongsi seekor ayam untuk makan tengah hari kerana ingin berjimat cermat..

Kesusahan anak-anak yatim tersebut mendapat liputan meluas rakyat melaysia..antaranya

Jejari runcing juga menulis tentang ini...

Rupa-rupanya rumah anak yatim tersebut bukanlah rumah anak yatim yang berniat mahu membantu anak-anak yatim tetapi lebih kepada ingin membangunkan semula ajaran Al Arqam. En Ridwan Alisabi adalah pengasas 'rumah anak yatim' yang juga adalah pengikut tegar Al Arqam. Al Arqam adalah satu pertubuhan yang telah lama diharamkan kerana ia adalah satu ajaran sesat yang mengajar pengikutnya memuja pemimpin Al Arqam iaitu Abuya. Al Arqam telah ditukar nama ke GISB.

Penipuan ini berjaya dibongkar oleh jurnalis tanah air, Mazidul Akmal Sidek. Rujuk di sini
Baca lagi di sini.





Wednesday, March 20, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani..
Ku panjat syukur ke hadrat ilahi dgn limpah kurnianya yang tiada terhingga kepada aku selama hidup di dunia ini. Dikurniakan seorang suami yg baik dan pemurah, anak2 yg comel dan bijak, mak ayah yang terlalu menyayangi, adik bradik yang senantiasa support each other, parents in law yg baik hati.. Dan byk lagi dan x mampu untuk senaraikan..syukur pada Mu ya Allah..

Blog ni bertjujuan untuk share apa saja yg bermanfaat buat semua..insya Allah...